Friday 31 August 2018

Ajarkan aku perkara baik..

Dialog Orang Bercinta
==================
1. Al-Quran merekodkan dialog Nabi Musa ketika Baginda bermunajat dengan Allah SWT. Allah SWT bertanya kepada Nabi Musa:

وَمَا تِلْكَ بِيَمِينِكَ يَا مُوسَىٰ

“Apa yg berada di tangan kananmu wahai Musa?”

Nabi Musa menjawab: "Ini adalah tongkatku; aku bertongkat dengannya, dan aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku, dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu". (Surah Taha:17-18)

2. Perhatikan bagaimana Allah bertanya kepada Nabi Musa tentang tongkat tersebut. Apakah Allah tidak tahu akan apa yg berada di tangan Nabi Musa? Menurut al-Imam Ibn Kathir, pertanyaan itu diajukan sebagai medium untuk mendekati dan menyantuni hambanya. (Tafsir Ibn Kathir)

3. Manakala Nabi Musa pula memberikan empat jawapan untuk satu soalan. Allah hanya bertanya: "apakah yg berada ditangan kananmu wahai Musa?" Nabi Musa menjawab:
(1) ini tongkat aku (2) aku bertongkat dengannya (3) aku gunakannya utk gugurkan daun buat kambingku (4) dan kadang-kadang aku guna untuk perkara lain.

Nah! Lihatlah keseronokan Nabi Musa berbicara dengan Allah. Satu soalan ditanya, empat jawapan dikongsikan. Inilah tabiat (nature) orang bercinta. Mereka tenggelam dengan keseronokan berbual dengan orang yang dikasihi. Dengan sebab itu Sheikh al-Tantawi menyebutkan bahawa inilah maqam perbualan kekasih dengan kekasihNya. (Tafsir al-Wasit)

4. Sebab itu kita melihat mereka yang bercinta akan tenggelam dengan perbualan bersama kekasihnya. Begitulah perbualan Nabi Musa dengan Allah. Kalau situasinya hari ini, kita akan lihat anak muda yang lama bergayut di telefon.

5. Dalam perihal orang yang dicintai dan disayangi ini, Rasulullah mengajarkan kepada kita bahawa sekiranya kita sayang seseorang hendaklah kita mengajarkan mereka perkara yang baik.

6. Perkara ini dipraktikkan oleh Rasulullah ketika Baginda mengucapkan kepada Muaz: Wahai Muaz, aku mencintai engkau kerana Allah, maka ucapkanlah setiap kali selepas solat
:
اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

7. Jelas di sini bahawa, apabila Rasulullah menyayangi seseorang, maka diajarkan kepada mereka perkara yang baik.

8. Di sini adalah titik muhasabah bagi kita. Apabila kita menyayangi seseorang, apakah kita mengajarkan kepada mereka perkara yang baik? Atau apakah kita yang membawa mereka terjerumus kepada perkara yang tidak baik? Apakah kita pernah menasihatkan kepada rakan kita supaya berhenti merokok? Atau jangan tinggalkan solat?

Mari kita beristighfar dan bermuhasabah.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=714251565578639&id=630358917301238

Divorce.. ACDYL


Banyak kali dah fikir tentang ni.. Kalau ikut rasa, ingin sekali pergi dan tinggalkan segala2nya.. Pergi tempat yang takder orang kenal dan mulakan hidup baru..  I want to be spontaneous.. Hanya kewarasan yang masih membuatkan diri ini masih bertahan.. Diri yang tidak bahagia takkan mampu membahagiakan orang lain..  Kasihan anak2..

Hidup terasa kosong.. Tiada matlamat.. Tanpa harapan.. Masa depan??? Mungkin mati lebih baik . Hanya menunggu bilakah nafas ini akan terhenti.. Hidup yang tak memberi manfaat pada orang lain adalah hidup yang sangat tak bermakna dan tak berguna.. Jadi, apa ertinya hidup???

Izinkan aku pergi..

Thursday 30 August 2018

Kerna ku cinta kau.. ACR

Saat kau ingat aku ku ingat kau..
Saat kau rindu aku juga rasa..
Ku tahu kau slalu ingin denganku..
Kau tahu ku juga ingin denganmu..
Ku tahu kau s'lalu ingin denganku..
Ku lakukan yang terbaik..
Yang bisa ku lakukan..
Tuhan yang tahu ku cinta kau..




Tuesday 28 August 2018

Sorry.. ACDYL

Sorry for being annoying..
Sorry for being boring person ever..
Sorry if you getting bored with me..
Sorry for being clingy..
Sorry I love You..




https://tinhtamvn.net/differences-between-true-love-and-fake-love-you-must-know/

Wednesday 8 August 2018

Kesedihanku.. ACDYL



Sepinya hari yang ku lewati
tanpa ada dirimu menemani
sunyi ku rasa dalam hidupku
tak mampu ku tuk melangkah..

Masih ku ingat indah senyummu
yang selalu membuatku mengenangmu
terbawa aku dalam sedihku
tak sadar kini kau tak di sini..

Engkau masih yang terindah
indah di dalam hatiku
mengapa kisah kita berakhir
yang seperti ini..

Masih ku ingat indah senyummu
yang selalu membuatku mengenangmu
terbawa aku dalam sedihku
tak sadar kini kau tak di sini..

Engkau masih yang terindah
indah di dalam hatiku
mengapa kisah kita berakhir
yang seperti ini..

Yang seperti ini..

Engkau masih yang terindah
indah di dalam hatiku
mengapa kisah kita berakhir
yang seperti ini..

Hampa kini yang ku rasa
menangis pun ku tak mampu
hanya sisa kenangan terindah
dan kesedihanku..