Tuesday 3 March 2015

zikir untuk kukuhkan iman..

Assalamualaikum...

Ok, hari ni nak share zikir yang di ajar oleh ustaz Rizam (tengok dekat zon kuliah).. Rare betul ustaz ni.. Orang perak rasanya sebab pekat betul slang peraknya.. Sebab apa rare? Sapa yang dah tengok tapi tak rasa insaf sikit pun di hati, tak tau lar nak cakap apa.. Maybe, kena p cuci hati tu balik kut.. Sentap habis lar kata2 ustaz ni.. Maybe, ada sesetengah orang yang tak suka tarbiah sentap ni or keras.. Kuliah ustaz ni begitu mantap dan berkobar2.. Memang sesuai untuk khutbah jumaat.. Barular jemaah tk tido..

Oklar, melalut plak.. Kisahnya, pasal isu kpop & dajal.. Ustaz kata, kalau dajal kpop pun kita p peluk.. Mcm mana lar nk tolak dajal sebenar nanti.. Terutamanya org pompuan.. Almaklum, org pompuan ni akalnya 1 nafsunya 9.. So, ustaz ajar zikir ni untuk menguatkan iman.. Walau apa pun yang datang, iman kita tetap teguh, kata ustaz Rizam.. Good for me yang iman selalu ke laut ni.. InsyaAllah akan diamalkan higga mati.. Aminnn..

Dibaca 10 x selepas solat Asar & Subuh:

"Lailahailallah alwahidulkahhar rabussama watiwalardhi wamabainahuma alazizulgaffar"

*pendek jer kan.. InsyaAllah mudah hafal..




* tak sangka sehari lepastu bila baca Quran elok2 jer sampai surah Saad ayat 66 terjumpa zikir ni.. Hampir sama.. So, boleh baca lar kat situ apa maknanya yer...

*Selamat beramal.. Nak hafal surah al kahfi macam panjang benor kan? So, sebagai permulaan hafal & amal ler yang ni dulu yer..

* semoga amal kita semua diterima Allah swt.. Aminnn..





No comments:

Post a Comment