Thursday, 24 January 2019
Membebaskan..
Copypaste
CINTA SEJATI MEMBEBASKAN!
Cinta sejati tidak semestinya memiliki apalagi mengusai! Cinta sebenar ialah membebaskan dan melepaskan. Cinta dan memiliki itu suatu yang berbeza. Jangan silap tentang hakikat itu.
Ramai pasangan suami isteri “terkorban” cintanya kerana gagal membezakan antara mencintai dengan “memiliki”. Jika salah menanganinya, kita hanya “memiliki” cinta tetapi tidak dapat menikmatinya!
Jika kita benar-benar mencintai seseorang, kita sepatutnya berfikir tentang dirinya, bukan diri kita. Kepentingan sendiri tidak dihiraukan, bahagia kekasih itulah yang diutamakan. Begitulah antara lirik lagu yang terkenal nyanyian Allahyarham P.Ramlee – Berkorban Apa Saja.
Ungkapan ini menggambarkan cinta yang sejati. Sebaliknya, jika kepentingan sendiri lebih diutamakan, sebaliknya perasaan, jiwa dan rasa kekasih dibiarkan, maka itu bukan mencintai kekasih. Itu cinta diri sendiri namanya!
Mencintai itu membebaskan, manakala memiliki itu cenderung kepada mengikat, membelenggu dan mengawal. Berapa ramai isteri yang “mengawal” suaminya atas nama cinta.
Sehingga suami hilang kebebasan dan kemerdekaan dalam hidup seharian. “Bila nak balik? Kenapa lambat? Kalau abang tak balik lagi, saya akan …” Begitulah antara kata-kata isteri yang kononnya sangat mencintai suaminya ini.
Bolehkah itu dikatakan “ayat-ayat” cinta? Maaf, itu bukan ayat-ayat cinta. Pertanyaan seperti itu lebih mirip kata-kata seorang majikan kepada pekerja atau pengawal penjara kepada banduan, bukan antara isteri dengan suami.
Bahasa cinta tidak begitu. Bahasa cinta itu lunak. Bukan membentak tapi mengajak, bukan menyuruh tetapi memujuk...
- ustaz pahroi mohd juoi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment