Friday, 15 April 2016
Tired.. ACR
# You look tired & old..
Salam Jumaat & selamat berhujung minggu..
Hari2 yang memenatkan.. Sibuk setiap hari tapi perasaan & ingatan saya pada awak tak pernah berubah.. Eceh.. Ayat novel lah pulak.. 😅😍😍
Banyak yang ingin dilakukan tapi masa terasa begitu cepat berlalu.. Perancangan dalam kepala jerlah setakat ini..
Memang dah tua tapi masih dok perasan muda tambah pula ramai yang dok puji kata rupa lebih kurang sama jer dengan adik2 yg belasan tahun tu.. Eceh.. Perasan sekejab.. Betul ni, ramai yang cakap macam tu.. Tak tipu.. Bila cakap umur sebenar adik tu cakap, "tipulah.." Haha.. Pujian melampau tahap gaban tau.. Apapun, Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah jua..
Terasa masih baru melalui usia remaja & usia muda.. Indahnya waktu itu.. Zaman kita melalui fasa perubahan yang besar dalam hidup.. Belajar hidup sendiri tanpa keluarga, belajar menguruskan kewangan sendiri, belajar erti hidup yang sebenar, mula bekerja, mengenal alam percintaan & perkahwinan, susah & senang, gembira & derita..
Walau orang kata nampak muda tapi kita tau diri kita memang dah tua.. Tanda-tanda ketuaan atau penuaan muncul satu persatu membuatkan diri gelisah memikirkan antara dunia & akhirat, matlamat yang kekal atau khayalan yang melaikan.. Eceh.. Ayat novel lagi.. Haha.. Memang rangka novel pun ni.. Tunggu yer kemunculannya.. Novel pertama saya.. 😝😄😅
# Tahukan anda, apakah itu tanda - tanda penuaan? Ha, meh sini akak nak bagitau.. Mata mula rabun.. Nak kena pakai speklar pulak.. Tolonggg.. Akak tak suka pakai spek.. Rimas aih.. Uban makin banyak.. Segalanya mula mengecut & mengendur.. Makan pun ciput jer.. Tak suka dah merayau kat luar tak tentu hala.. Makin suka duduk di rumah.. Makin banyak melakukan ibadah2 sunat.. Contohnya, rajin buat solat sunat, ngaji banyak2, rajin p surau, rajin p majlis ilmu.. Ermmm, apa lagi yek? Ha, penyakit susah nak tidur pun datang bersama penyakit2 tua yang lain.. Huhu.. Doakan saya sentiasa diberi kesihatan yang baik atau sekurang-kurangnya jangan sampai menyusahkan orang lain.. Aminnn..
Tetiba jer nak merapu hari ni.. Hehe..
Sekian..
# Jangan lupa baca Al Kahfi yer..
💕💕💕
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment