Monday, 30 November 2015

Imamkumakmumku..


Copypaste..
Ya ALLAH , jika telah ENGKAU catatkan dia milikku dan tercipta buatku , maka satukanlah hatinya dengan hatiku dan titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi. Dan ya ALLAH , ya TUHANku yang Maha Mengasihi , seiringkanlah kami melayari hidup ini, perkukuhkan yang sejahtera dan abadi.
Tetapi ya ALLAH , seandainya telah ENGKAU takdirkan dia bukan milikku, bawalah dia jauh dari pandanganku , luputkanlah dia dari ingatanku dan peliharalah aku dari kekecewaan olehnya . Serta ya ALLAH ya TUHANku yang Maha Mengerti , berikan aku kekuatan melontar bayangannya jauh ke dada langit , hilang bersama senja nan merah,agar aku bahagia walaupun tanpa bersama dengannya.
Dan ya ALLAH yang tercinta, gantikanlah yang hilang , tumbuhkanlah kembali yang telah patah walaupun tidak sama dengan dirinya . Ya ALLAH ya TUHANku, pasrahkan aku dengan takdirMU. Sesungguhnya apa yang engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku kerana ENGKAU Maha Mengetahui , segala yang terbaik buat hambaMU ini.Aku redha Ya ALLAH .
Ya ALLAH , cukuplah ENGKAU sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat . Dengarlah rintihan dari hambaMU yang daif ini . Jangan ENGKAU biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di akhirat nanti. Usah ENGKAU juruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran.
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman , supaya aku dan dia sama² dapat membina kesejahteraan hidup, ke jalan yang ENGKAU redhai, dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh juga solehah..

Aminnn...





No comments:

Post a Comment