Saturday, 29 August 2015
Manusia berubah.. ACSK
Kadang2 manusia tak berubah pun tapi watak sebenar telah muncul.. Sebab itu, dalam perkahwinan, kita baru mengetahui watak sebenar pasangan masing2.. Even, ibu kita sendiri yang melahirkan kita, tak akan tau perangai sebenar kita kecuali pasangan kita saja yang lebih mengenali sikap kita.. Buruk atau pun baik.. Contohnya, ada para suami yang berlagak baik di depan ibu bapanya.. Tolong jaga anak, buat kerja rumah, solat jemaah di masjid dsbnya.. Tapi, bersikap sebaliknya bila ketiadaan ibu bapanya.. Atau mungkin juga ada yang bersikap begitu di hadapan keluarga mertua sahaja tapi tidak di depan ibu bapa sendiri.. Ermm, agak2 anda yang mana yer?
Bagaimana manusia boleh berubah sekelip mata malah membenci yer? Saya tak faham tu.. Sebab, saya boleh berubah tapi saya tak pernah membenci.. (Mungkin menyampah sikit tu adalar..) Yer.. Saya tak membenci atau berdendam.. walau dilukai berkali2 saya masih boleh memaafkan.. Maafkan.. Maafkan..& maafkan.. Bukan kah Allah swt yang maha segalanya pun memaafkan kita berkali2? Walau sebanyak mana dosa kita..
Bagaimanakah kita boleh mengeluarkan kata2 yang kesat terutama pada orang yang kita sayangi.. Bukankah lebih baik kita menegur dengan cara yang baik jika ada perkara yang tidak kita senangi.. Terangkan dengan cara yang baik pasti lebih mudah difahami..
Melihat manusia berubah tidaklah melukakan.. Apa yang melukakan kita adalah mengenangkan sikap baik seseorang sebelum dia berubah.. Bcoz, people change..memories dont..
Bagaimana seseorang mengucapkan sayang lalu melupakan atau mengabaikan.. Adakah kata2 itu hanya sandiwara, palsu atau sekadar mengambil kesempatan, test market dsbnya.. Seronok kah mempermainkan perasaan orang lain?
Bagaimana seseorang boleh menggelarkan orang lain dengan panggilan yg kurang elok terutama terhadap org terdekat terutamanya orang yg lebih tua dr kita.. Tiada kah perasaan hormat? Walaupun seseorg itu ada melakukn kesalahan, tambahan pulak kesalahan yg remeh wajarlar kita menahan diri dari mengeluarkn kata2 yg tidak baik..
Bagaimana kita yang kononnya berpelajaran tinggi begitu mengambil hati terhadap kata2 orang tua yang sekolah pun tak habis.. Jika mereka berbuat perkara yg salah, perlu kah kita pun terikut2 dengan rentak mereka.. Sehingga menyimpan dendam bertahun2..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment