Saturday, 6 June 2015

Aisy & hafazan al Quran..










Aisy my ustaz...

Kenapa ustaz? Sebab dia ada ciri2 ustaz agaknya.. Hihi.. Ntahlar.. Tapi dia rajin pergi surau.. Kalau pi skool pakai kopiah dari pagi sampai petang tak bukak.. Rajin mengemas.. Semua ciri2 yang berbeza dari abang2 dia..




Mula menghafaz sejak umur 3 tahun lebih.. Ibu sangat kagum dengan Aisy.. Masa mula2 nak hantar Aisy ke tadika 8 pagi - 5 ptg, ibu sangat risau sebab dia masih kecil & opkozzz my baby forever.. Tambahan pulak dia tak pernah berpisah dari ibu dalam jangka masa yang lama macam tu.. Tapi sebaliknya yang berlaku.. Aisy ok, abang Adam yang melalak bagai nak rak - memang dah agak pun.. Sebenarnya, ibu yang rasa sedih sebab terpaksa berpisah dgn Aisy (8am - 5pm).. Kesian dia kena duduk kat skool sampai petang.. Tapi, tak pelik pun kalau dilihat situasi orang lain yang kebanyakan ibu bekerjaya.. Lagi lama anak2 ditinggalkan pada orang lain.. Maybe sampai malam pun ada.. Bersyukurlar aimanadamaisy kerana ibu dah berkorban segala2nya untuk korang - dengan izin Allah juga..😂😘

Teacher cakap, Aisy ada bakat untuk jadi hafiz sebab dia fokus.. Aminnn.. Dalam usia 4 tahun dia dah tegur ibu bila ibu sebut tak betul.. Ibu sangat kagum masa first time dia tegur ibu.. Alhamdulillah..

Masa ujian yang pertama dia buat dengan baik sekali.. Komen teacher, " masyaAllah he did well..", sebab Aisy dapat semua markah 100.. Diam2 ubi berisi.. Hihi..

Ibu luv you, Aisy.. Infinity..






No comments:

Post a Comment