Monday, 20 April 2015

Dear men..






😅😘 .
Baik masih bujang mahupun telah berumah tangga, wanita memang seorang yang pengasih. Mungkin faktor berikut boleh menjawab dan memberi alasan mengapa lelaki perlu menghargai wanita.
1. Wanita menatang lelaki bagaikan minyak yang penuh. Sejak belum bercinta, wanita tak pernah berkira akan sentiasa mengutamakan keperluan lelaki. Apatah lagi setelah sahih bergelar kekasih dan seterusnya isteri.
2. Kalau lelaki sebut sahaja lapar, pasti sang kekasih memasak dan sanggup menghantar makanan ke rumah. Jikalau ada barang keperluan habis, turut dibeli dan dipenuhkan dapur bujang teman lelaki. Begitulah wanita menjaga perut lelaki sejak mula sehingga tinggal sebumbung.
3. Pakai si lelaki juga ditanggung beres. Baju pasti dicuci dan siap tersusun kemas lipatannya. Semua dilakukan seihklas hati demi kasih sayang.
4. Kebersihan diri sang lelaki juga terpelihara. Tak kisah membelek kuku dan muka si dia. Tak perlu bawa ke spa untuk memanjakan diri lelaki.
5. Wanita lebih banyak mengalah demi menjaga hati sang lelaki. Menjadi pendengar paling setia dan mengiakan sahaja segala diceritakan walaupun agak tidak masuk akal. Tetapi seratus peratus sokongan diberikan kerana kesetiaan.
6. Berhenti kerja besar demi menjaga anak. Duduk rumah demi menjaga rumah tangga. Ada wanita sanggup menggantikan tempat lelaki bekerja kerana pendapatan lebih besar.
7. Sama ada kerja atau tidak, wanita akan tetap turun ke dapur memasak kemudiannya mengemas. Bertuahlah kalau wanita mendapat suami pandai beraksi di dapur dan ringan tulang membantu membersihkan rumah.
8. Wanita sanggup menjaga keluarga suami kala ibu mertua atau bapa mertua jatuh sakit. Wanita akan menganggap mereka adalah seperti ibu bapa mereka sendiri.
9. Kerana mendengar kata dan taat kepada suami, wanita sanggup mengenepikan keinginan sendiri demi menjaga hati. Seandainya disuruh berhenti kerja, menukar cara pemakaian dan sebagainya selagi tidak melanggar hukum agama pasti dituruti.
10. Memanjatkan doa kepada pasangan agar mendapat kesejahteraan. Mengenepikan segala kepentingan diri. Kalau boleh seluruh kebahagiaan dirinya diberikan kepada pasangannya. #KopiPasta 🙈

No comments:

Post a Comment