Monday, 23 February 2015

Bahagia itu bila kita taat perintah Allah.. chaiyokkk..


Tanyalah Iman Kita (copy)
Mulut sentiasa berbicara tentang cintakan Ilahi, namun hati sibuk mencari cinta pujaan hati. Suara lantang menegakkan kebenaran, namun jiwa ingin merasai nikmat percintaan yang tidak ditabalkan. Munajat mengalir di ruang lidah, namun jasad tak kuat nak bermujahadah. Kita bilang sayangkan DIA, tapi hakikatnya, si dia tetap pertama di sanubari kita. Kita janji dalam solat yang hidup dan mati kita hanya untuk-NYA tapi usaha kita lebih ke arah mengejar cinta si dia. Kita impikan Syurga namun jalan ke Neraka yang memenuhi langkah kita. Adakah kita letakkan DIA hanya di bibir tanpa membuktikannya?? Kerana dia, kita pinggirkan DIA. Adakah DIA berpuas hati?? Tepuk dada, tanya iman kita yang masih bersisa.. Ooo Allah jagakan aku, dia & kami semua dengan sepenuh iman... Lahawlawalakuwataillabillahilaliulazim..

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕




"Jika kita korbankan kehendak dan keinginan kita kerana untuk menunaikan perintah Allah. Allah akan beri sesuatu yang jauh lebih baik.."



EBIT LEW
Sayang dan kasihan pada anak muda yang terlalai yang sebenarnya mereka baik.

Saya ditanya beberapa lelaki bersama anak muda perempuan yang telah cukur kening dan rambut warna merah di sebuah restoren mamak pagi tadi pukul 4 pagi. 

Tanya mereka bagaimana yer abang jika kami anak muda nafsu muda ni nak lawan nafsu jahat. Nanti banyak benda nikmat dunia kami hilang. Takkan kami nak duduk masjid jadi macam pak aji pak pak aji tu.

Jawab saya, Kadang-kadang yang kita nak tak semestinya baik. Yang kita tak nak tak semestinya buruk. Bahagia ni Allah beri. Bila dia nak beri tiada siapa boleh halang. Nanti kita tak sangka rahmat disebalik kesabaran nak buat baik. Kita tersenyum sepanjang hidup kerana bahagia atas kesabaran dari buat jahat. Saya ceritakan kisah ini pada mereka.

Seorang lelaki suka mencuri. Dia malam-malam tumpang tidur di masjid. Satu hari dia terdengar satu ceramah kata "Jika kita korbankan kehendak dan keinginan kita kerana untuk menunaikan perintah Allah. Allah akan beri sesuatu yang jauh lebih baik..

Seperti biasa di nak pergi mencuri. Masa dia masuk rumah nak mencuri dia nampak barang kemas emas dan duit. Dia nak ambil tapi teringat ceramah tadi. Allah beri sesuatu yang lebih baik. Dia tak jadi ambil..

Nampak pula ada seorang wanita dalam rumah. Teringin nak buat jahat. Wanita tadi menjerit takut. Dia teringat jika tinggal yang jahat Allah beri sesuatu yang lebih baik..

Dia terus balik masjid. Dia menangis kerana serabut dan rasa apa yang lebih baik. Dia berdoa. Banyak hari dia menangis.

Wanita tadi cari maknya dan minta tolong carikan jodoh. Ibunya pergi ke masjid. Dia asyik nampak seorang imam menangis di saf pertama.

Dia kata "tuan imam ke?ish tak ler makcik. Saya orang jahat..

Rendah diri anak muda ini..begini makcik ada anak perempuan. Makcik nak cari calon. Boleh tolong carikan ke pak imam. 

Ish saya bukan imam.
Makcik tadi terus ceritakan kisah rompakan dan orang jahat tu..

Anak muda tadi kata saya ler orang jahat dan perompak tadi.

Kata makcik tadi, baiknya anak muda ni rendah diri.

Akhirnya takdir Allah.dia dapat kahwin dengan wanita tadi. Dia berubah jadi baik..

Hidupnya senang dan dekat pada Allah. Dia bersyukur.

Siapapun balik pada Allah dia akan bahagia. Selagi dia hidup. Dia diberi peluang dan disayangi oleh Allah. Siapa kita hari ini memberi kesan di masa hadapan. Dia muliakan siapa dia nak muliakan. Dia hina siapa Dia nak hina. Nabi Yusuf as dalam penjara kerana Taat Allah. Dia bahagia bukan saat dia mendapat kedudukan dan kekayaan. Tapi saat dia taat Allah. Taat itulah bahagia.

Mereka kata bestlah cerita tu abang. Ni alamat rumah kami nanti abang datang cerita lagi. Saya jawab awak ikut abang belajar iman beberapa hari nanti awak cerita kat abang pula betapa nikmatnya Islam ini. Tiada kata boleh gambarkan saat kita berada di masjid dan taman syurga-ebit lew

No comments:

Post a Comment