Sunday, 11 January 2015

angan2 @ impian @ cita2…

Assalamualaikum...

Salam 2015.. Semoga tahun yang mendatang menjadikan kita insan yang lebih baik..

Ermm.. Entry kali ni saya nak senaraikn apa yang saya inginkan dalam hidup ini.. Dapat idea ni bila tengok persembahan live jamal abdillah yang hebat sangat.. MasyaAllah.. Hebatnya suara dia yang Allah bagi.. Ok, jom kita senaraikan.. Memandangkan idea ni dapat dari tengok persembahan JA so, mestilah impian pun ada kaitan dgn JA.. 😄😂😁

1. Nak tengok persembahan live Jamal Abdillah.. Nak menikmati suara dia yang hebat tu, yang meremang bulu roma bila dengar.. Memang sehingga hari ini belum pernah jumpa or tengok live persembahan JA.. Live yang dh tengok cuma dekat tv or youtube.. Lagi best dengar live dari yang dalam album.. Peminat tegar JA dari mula mendengar suara dia.. Tak kisahlar walau dia ada rekod buruk sekalipun.. Takder sape yang sempurna.. Kita ni pun banyak aib tapi Allah tutup aib kita..kannn..

2. Nak khatam Al-Quran dengan istiqamah setiap bulan dan kalau boleh dengan tafsir sekali.. Bukan baca saja tapi faham & amal.. Setakat ni yang terbaik boleh buat dalam 2 bulan sekali itupun baca tafsir sikit2.. Al-Quran itu adalah mukjizad so, ingin sekali mendapatkan keberkatan darinya sementara Allah memberi banyak kesempatan dari segi masa dan kesihatan.. Lagipun ia terapi terbaik untuk diri ini.. Dulu nak baca quran 5 minit pun terasa berat sangat.. Tapi sekarang Alhamdulillah.. Rasa seronok sangat bila membaca Al-Quran setiap hari.. Rasa tak nak berhenti.. Terima kasih Allah yang memegang hati ini..

3. Nak menghafal Al-Quran.. Bab ni memang beratlar setakat ni.. Terlalu sikit sangat ayat quran yg dihafal.. Malu nak cakap.. Kita nak anak2 jadi hafiz tapi kita sendiri tak nak buat.. Camner? Mungkin kena buat senarai jugak...alkahfi, almulk, yaseen.. InsyAllah akan mula dengan 3 surah ni di samping juzuk amma.. Jom kita buat sama2..

4. Nak istiqamah melakukan solat sunat di samping solat wajib setiap hari.. Tahajud, witir, dhuha dsbnya..

5. Nak menjadi anak, isteri & ibu yang lebih baik.. Entahlar, bab ni memang betul2 sukar.. Setakat ini, memang rasanya takder satu pun yang ku lakukan dengan baik.. Sebab tular hidup pun caca merba jer.. Arghh.. Poor myself...😢😱😧

6. Nak menjadi insan yang banyak memberi manfaat kepada orang lain.. Sangat kagum dengan para sukarelawan seperti Raja Shamri (oku yg berjaya & berjiwa besar), Azila Aziz (Telekung Project), Syed Azmi dan ramai lagi.. Malu pada diri ini yang cukup sifat tapi tak ada sumbangan pun untuk orang lain.. Chaiyokkk..

7. Nak menjadi orang yang dapat menahan marah & mempunyai kesabaran yang tinggi.. Stress jer memanjang...@#£&&£@..😥😦😨😧😳😲😱😟

8. Ingin tua bersama dia yang dicintai.. Soulmate.. Bff.. Dia yang menerima diri ini seadanya.. Aminnn.. Adaker?

9. Bila tua nanti jika dipanjangkan umur harap2 dapat tinggal berhampiran TTT bersama dia yang disayangi.. So, dapat menikmati keindahan TTT bersama setiap pagi & petang.. Oh, indahnya hidup...😊😀😂😄😃😆

10. Nak mengerjakan haji & umrah bersama yang tersayang.. Senang kata, nak melakukan semua perkara dengan dia yang dicintai.. Selamanya.. Aminnn...

11. Nak melancong ke tempat2 yang indah bersama yang disayangi.. Saya boleh duduk berjam2 lamanya hanya dengan menikmati pemandangan yang indah.. Maybe, Amsterdam, Greece, Instanbul...👣👣👣❤💙💖💕💜

12. Nak menyaksikan final grand slam live - Maria Sharapova vs sesapa lar.. Anna Ivanovic pun boleh.. Bestnya.. Sempat ker? Ntah2 ms pova pun dah bersara time tu.. Huhu.. US open? France open? Opkozzz lar nk menyaksikan bersama yang tersayang..😘😍😄

13. Kalau kaya ( kaya bukan impian tapi kalau kaya, banyak perkara boleh dilakukan untuk membantu orang lain..) Nak bina pusat tahfiz ataupun infaq banyak2 untuk tahfiz, masjid, sekolah dsbnya.. Nak bantu orang bayar hutang.. Nak hantar orang pergi haji.. Nak bagi duit pada mereka yang tak mampu menanggung kos rawatan kesihatan.. Dsbnya...

14. Kalau ada duit lebih nak buat rawatan gigi terbaik.. Suka sangat tengok gigi artis2 yang cantik.. Putih, bersih & bersinar.. Hehe..😁😀😂

15. Nak solat dengan khusyuk.. Selalu jer 'auto pilot'.. Huhu..

16. Kalau kaya, nak kereta Aston Martin.. Dapat naik sekali pun jadilar..😎😁😄😂 kalau muda lagi lehlar ngorat sultan brunei kan.. Cettt.. Raja linggam pun belom tentu dapat.. Huhu..

17. Nak menjadi hamba Allah yang terbaik.. Asyik cakap nak jer tapi usahanya ciput.. Malu jer kat Allah.. Semoga Allah ambil nyawaku di saat DIA paling redha ke atasku.. Aminnn..

18. Nak memimiliki semua buku hasil tulisan Cecilia Ahern.. Ada sesapa boleh tolong belikan?


###akan bersambung..






No comments:

Post a Comment