Assalamualaikum..
# long man tgh menjawab soalan super hufazz.. Go go ar Rahman ( nama group long man)#
Hari ni nak share tentang hari konvo long man di mtsfaz.. Sebenarnya kalau di sek keb biasa dipanggil hari anugerah kan.. Betul tak? Yang kelakarnya, 6 orang jer pun yg konvo.. Almaklum, sekolah ni baru 3 tahun beroperasi.. Budak2 darjah 1 2 3 agak ramai tapi darjah 5 & 6 paling skit.. Tapi saye tk kisah.. Lagi sikit lagi senang cikgu bagi tumpuan kat anak saya.. Hihi.. I likeee.. Teruja sebenarnya untuk menghadiri hari konvo ni sbb tahun lepas long man dkt sek pondok so tkdak aktiviti apa pun yg ibu boleh hadirkn diri.. Tak sangka tahun ni segalanya berubah.. Kita cuma mampu merancang.. DIA yg menentukan segalanya.. Alhamdulillah.. Keep moving.. Ok, long man sebenarnya tk dapat hadiah apa pun untuk pencapaian akedemik.. Memang dah boleh agak pun memandangkn banyak yg long man ketinggalan.. 2 bulan utk belajar pelajaran 2 tahun dh tentu tk mencukupi.. Tambah pulak budak bertuah ni bukannya ulat buku.. Punya susah nk suruh dia buat ulangkaji.. Takpe, ibu yakin long man boleh.. Tahun depan darjah 6 kena buat betul2.. Untuk hari konvo ni long man kena baca doa pembukaan majlis & masuk pertandingan hafazan @ super hufazz.. Ibu yg nerbezzz terlebih.. Dia relax jer tengok.. Ulang hafazan pun malas.. Bila ibu cakap, "nanti kalau tk boleh jawab depan org ramai mcm mana? Malu jer.." Dia jawab. "Takperrr long man boleh berdoa..." Ewahh.. Pandai jer dia menjawab.. Kesian long man.. Dia demam pulak sejak 2 hari lepas.. Nasib baik agak ok pd hari konvo ni.. Kalau tak, puas lar ustaz kena cari pengganti long man.. Alhamdulillah.. Balik konvo sambung mkn ubat.. Untuk bacaan doa oklar.. Mungkin kurang penghayatan.. Hihi.. Maklumlar doanya dh cantik tapi tuan empunya diri tk buat pun mcm doa tu.. Sabo jerlar... Maknanya apa? Maknanya ibu dan ayah kena kerja keras lagi membetulkn diri.. Kalau ibu bapa pun banyak tk betulnya jgn harap nk anak jadi mcm malaikat.. Kan kan.. Betul tak? Maafkanlah ibu ayah yg banyak kekurangan ni yer... Kita sama2lah berusaha menjadi insan yg lebih baik setiap hari...
" Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.. Kecuali orang2 yg beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan2 dgn kebenaran serta berpesan2 dgn sabar.." #al-Asr#
Terlalu banyak masa yg kita telah bazirkn.. Huhu.. Ya Allah, jadikn kami insan yg istiqamah dalam melakukn kebaikn..
Ok, berbalik kisah konvo.. Long man lakukn dgn baik dlm hafazan.. Alhamdulillah..
# Long man sedang membaca doa pembukaan majlis konvo mtsfaz.. First time ibu tengok long man pakai serban.. Selalu pakai kopiah jer.. Semoga long man dapat jadi contoh pada adik2 & daie yang benar, mempunyai akhlak yang mulia serta insan yg dapat memberi manfaat pada org lain..
No comments:
Post a Comment